Hari ini yaya cuma nak kongsikan resepi ikan masin simple tapi sedap bagi mereka-mereka yang kesuntukan masa untukk memasak.. 5 minit pun boleh sedia.
Ada kelapangan boleh lah cuba-cuba resepi ikan masin bercili ini. ;)
Bahan-bahan ( 2 orang )
Ikan masin (nak sedap gunakan ikan masin kurau) -dipotong kepingan kecil
Bawang Merah-dihiris nipis
Cili hijau-dihiris nipis
boleh digantikan dgn cili kering kalau mahu
Cara memasak
a. Panaskan minyak dan goreng ikan masin sehingga separuh masak.
b. Masukkan bawang merah dan cili hijau / kering,
c. Goreng sehingga naik aroma.
Sediakan untuk dihidang bersama lauk utama yg lain.



0 comments:
Post a Comment