Berikut antara kata-kata nasihat yang amat yaya sukai dan kurenungkan dikala kegelisahan. Selamat beramal. :)
Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman. Dunia ini umpama lautan yang luas.
Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan.
Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.
Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.
Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Tags: cinta, hati, mutiara, kata, nasihat, bijak, pandai






16 comments:
semua yag terjadi mngngatkn kta kpd yg esa....jd renung2kan lah...
semua yag terjadi mngngatkn kta kpd yg esa....jd renung2kan lah...
kidikut tul....
nak share ngan org len pun x ble...
hehehhehe
abg_SelamBeR
kita hidup ini perlu mengejar akhirat supaya bumi akn mencari kita,jikalau kita mengejar akhirat dunia akan mencari kita dan mencekik leher kita...k..renung-renungkanlah dan selamat beramah..huhuhu
kedekut tul ah ...orang nak share pun tak leh...huh
adoi...sy mmg nakal pnn
bole la share...
please...
hehe
huhuhhu.. bagi nasihat.. ilmu sedikit jika dikongsi lebih mendatang kan manfaat.. tapi dia nya.. org nak ambik pon tak leh.. hahahaaha
hapy nice day
hehe...ilmu yang dipanjang2kan akan memberi manfaat..have a nice day..
Nak menuntut ilmu biarlah sampai ke negara china... :)
SLM IZINKAN SY SHARE NGN KWN2
TQ..SY DA AMEK TD...HRP HALALKN...:)SLM UKHWAH..TERUSKN USHE SEBARKN ILMU
boleh tu memang lah boleh..cuma lebih elok jika tinggalkan email sebagai tanda hormat pabila kita ingin meminta sesuatu..:)
knpa kenangan ktika bsamanya sgat ssh utk mlupakannya..sya dh sdya upaya utk mlpakan tp semakin sya mlpakannya ati sya kuat mgatakan cinta kpdanya..:_)
Manusia ada berbagai ragam...kekadang niat ikhlas kita bersuara selalu d salah ertikan. ada baik nya pepetah mengatakan pandang cermin. mungkin....tapi hati kita tidak pula kelihatan.
assalamualaikum. . hye
assalamualaikum. hya semua.
Post a Comment